01/01/2014

Tips Memilih Tajuk Blog Yang Mantap

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Bila bercakap mengenai teknik mendapatkan trafik yang tinggi ke blog, salah satunya daripadanya adalah dengan menggunakan tajuk blog yang sesuai. Oleh itu, blog HafizRahim.Com berbesar hati ingin memaparkan hasil tulisan blogger jemputan Donny Ien tentang tips yang berguna bagi memilih tajuk blog yang mantap. Jom baca:

Seni menulis blog bukan sahaja terletak pada pengisian yang mantap, tetapi tajuk utama mestilah power dan mampu menarik perhatian pembaca untuk membukanya. Kedua-dua elemen ini saling berkait rapat dalam penulisan blog. Jika salah satunya hancur, yang kedua juga turut mendapat nasib yang sama. Artikel yang mantap adalah entry yang mempunyai kedua-dua elemen di atas.

Saya ingin kongsikan kepada anda cara saya menulis tajuk blog yang mampu memukau perhatian pembaca. Bagi saya, tajuk entry yang membosankan hanya akan menyebabkan pembaca blog anda tidak akan kembali lagi.

SEO-friendly-post-title
Walaubagaimanapun, bukan semua tips ini sesuai di gunakan oleh penulis blog. Artikel yang berbentuk peribadi dan motivasi seperti blog ini sesuai sekali di gunakan. Itulah salah satu sebab saya meminati niche sebegini.

Saya akan menulis tajuk yang istimewa, ada kelainan dan mungkin agak pelik sedikit, tajuk yang akan membuatkan pembaca tertanya-tanya dan ingin membacanya. Berdasarkan psikologi, biasanya pembaca tidak akan membuka tajuk entry yang lurus dan membosankan. Ini adalah pengalaman saya sendiri.

Saya tidak akan mengklik lagi tajuk artikel yang berbentuk begini, bagi saya ianya hanya akan membazir masa untuk saya meneruskan aktiviti blogwalking di tempat lain. Contohnya, “keputusan Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012″, “Datuk K kemalangan motorsikal” atau “Siti Nurhaliza Batalkan Konsertnya”. Sedangkan saya boleh sahaja melihat keputusannya di Goal.com melalui telefon bimbit, dan membuka akhbar harian ataupun membacanya secara online.

Berdasarkan artikel-artikel terbitan saya sebelum ini, saya cuba untuk membuatkan tajuk tersebut lebih kreatif dan lain daripada kebiasaannya. Tips ini juga selalu di gunakan oleh penulis akhbar untuk mencuri perhatian pembaca.

Saya ambil contoh artikel yang lepas iaitu “kisah benar hantu durian crepe”. Snek durian crepe ini sememangnya tengah popular di kalangan penulis blog dan di mana-mana sahaja ketika ini. Saya cuba meluahkan perasaan “mengidam” itu serta memperkenalkan produk ini secara indirectly, dengan menulis jalan cerita yang mendebarkan di samping menyelitkan sedikit nasihat dalam artikel tersebut. (Walaupun kisah tersebut adalah benar pada mulanya, namun sesuatu yang tidak di sangka-sangka telah berlaku).

seo-friendly-title
Instead of menulis tajuk blog seperti ini “akhirnya merasa juga durian crepe”, saya pula menulis tajuk yang berlainan dan unik. Yang tidak ada di SERP dan yang disukai oleh penaja. Bila pembaca melihatnya, mereka akan lebih tertarik dengan tajuk post yang ada kelainan. Special one.

Artikel ini hanya pandangan saya sendiri sahaja, penulisan tajuk sesebuah artikel itu sebenarnya bergantung kepada citarasa penulis blog itu sendiri. Lain orang lain caranya dan kita patut menghormati cara mereka mencetuskan idea penulisan sendiri. Yang paling penting sekali adalah kualiti atau pengisian blog itu sendiri, yang menjadi keutamaan dalam menulis sesuatu artikel dan tajuk yang mantap.

Sumber: hafizrahim.com/tips-memilih-tajuk-blog-yang-mantap/

7 Jenis Tajuk Blog Pikat Pembaca

“Tajuk adalah pemikat karya.”

Ini yang disebut-sebut oleh Brian Clark apabila menceritakan tentang kisah kejayaan blog beliau. Isi kandungan yang berkredibel juga kritikal untuk menghasilkan artikel yang memikat.

Namun tajuk adalah faktor utama. Lihat bagaimana akhbar Harian Metro menggunakan tajuk yang kontroversi. Semua ini bertujuan untuk memikat hati pembaca.

Ini juga adalah faktor yang mendorong kepada peningkatan jualan akhbar Harian Metro. Dari perspektif blog, tajuk dapat membantu para pembaca untuk rasa tertarik membaca keseluruhan isi kandungan artikel yang diterbitkan.

Sebagai blogger, kita bersaing dengan ratusan juta blog yang lain. Selain daripada mengasingkan diri dari sudut berbayar, seperti mengupah pereka laman blog untuk menghasilkan desain yang cantik, terdapat satu lagi cara percuma.

Cara percuma ini mudah, impaknya berjuta gandanya.

Apa yang dimaksudkan adalah tajuk.

“Tajuk yang mendapat perhatian adalah karya yang hebat,” kata Brian Clark. Kerana kita sebagai penulis blog hanya mempunyai masa kurang dari 5 saat, untuk mempengaruhi mereka membaca artikel blog.

Bagaimana Hasilkan Tajuk Pemikat?

Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama, melakukan kajian demi kajian untuk mengetahui jenis-jenis tajuk yang berjaya mempengaruhi pembaca.

Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk kita menguasai seni menulis tajuk yang memikat.

Pilihan pertama adalah untuk pemilik blog yang mempunyai banyak masa dan bergerak sebagai blogger sepenuh masa.

Pilihan kedua adalah menggunakan sistem modelling. Kita baca dan hadam ilmu daripada pakar tentang senarai tajuk yang berjaya menarik perhatian. Kemudian adaptasi semula ke dalam karya kita.

Pilihan kedua adalah untuk orang yang mahu cepat berjaya tanpa perlu melanggar dinding kegagalan banyak kali.

7 Jenis Tajuk Pikat Pembaca

Berikut adalah 7 jenis tajuk blog yang dapat membantu kita untuk menghasilkan tajuk yang memikat pembaca.

Jika mahu jumlah pelawat blog kita meningkat, isikan tempat kosong dalam templet yang diberikan di bawah untuk tajuk artikel blog kita yang seterusnya.

7 Tip Terbaik Untuk ______________ Mudah.
5 Cara Meningkatkan ____________ Tanpa Belanja Lebih.
Rahsia ______ Dalam Bajet.
10 Strategi ________ dan Untung Besar.
Siapa Lagi Mahu ________________?
Bagaimana _______ Dalam 10 Saat?
17 Petanda Anda ___________.
Gantikan ruangan kosong menggunakan kata kunci niche blog kita. Sebagai contoh, jika kita memiliki blog tentang tip perkahwinan untuk orang bujang, antara senarai tajuk yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Rahsia Kenduri Kahwin Dalam Bajet.
Siapa Lagi Mahu Kumpul Duit Kahwin RM40,000 Cara Mudah?
17 Petanda Anda Perlu Kahwin Sekarang.

Penggunaan tajuk ini dapat mempengaruhi para pembaca kita untuk meluangkan masa membaca blog. Tajuk adalah imbasan pertama dari sudut pembaca. Jika tajuk gagal menarik perhatian, mereka tidak akan baca isi kandungan artikel blog.

Sumber: studioaksara.com/7-jenis-tajuk-blog-pikat-pembaca

Cara buat tajuk Blog bergerak

Hye assalamualaikum.. Hari ni yayan terajinkan diri nak buat tutorial pulak.. by the way tutorial ni Yayan kongsikan dari Blog Cik Farah so kalau krang nak lebih banyak tuto korang boleh kunjungi blog dia.. ok masud tajuk bergerak ialah kalau orang open blog korang tajuk blog akan bergerak kat atas ab title..

Login blogspot
klik template > klik edit HTML
cari kod ni
<head>

 gunakan ctrl F utk proses mudah mencari
Ambil <head> yg palig atas
Lepastu copy kod dibawah dan pastekan di bawah kod yg diatas
<script language='JavaScript'>var txt="Welcome to BLOG KORANG";var kecepatan=100;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);segarkan=setTimeout("bergerak()",kecepatan);}bergerak();</script>

Ayat yg Welcome to blog korang tu tukar la..
klik save template
kalau tak jadi Komen kat entri ni.. yayn sedia mmbantu :)

Sumber: losingmymelody.blogspot.com/.../cara-buat-tajuk-blo...

TUTORIAL : TAJUK BLOG BERGERAK

Ha. sekrang ramai yang buat tittle blog diorang berjalan jalan kan ?
syok ke ?? yaya tak minat ..tapi nak ajar orang je ..
hehe ..

tamo berlengah lagi ..mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim,

dashboard - design - add gadget - html/javascript ..
copy kod di bawah dan paste ke dalamnya..

<script language=javascript>
msg = "TAJUK BLOG KORANG";msg = "..." + msg;pos = 0;function scrollMSG() {document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);pos++;if (pos > msg.length) pos = 0window.setTimeout("scrollMSG()",200);}scrollMSG();</script>

DONE ! SAVE ..
SELAMAT BERJAYA ^^

Sumber: tomatomanissedap.blogspot.com/.../tutorial-tajuk-blog...

No comments:

Post a Comment